-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Bomba Batu Niah bantu bersih tumpahan minyak

| Ogos 28, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-28T09:34:57Z
Anggota bomba membantu membersihkan tumpahan minyak di Jalan Pan Borneo Miri-Bintulu hari ini.

BATU NIAH--Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Batu Niah melakukan khidmat membersih tumpahan minyak yang disebabkan kemalangan lori tangki di Jalan Pan Borneo Miri-Bintulu berdekatan Kilang Alam Bumi, di sini, tengah hari tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 1.39 tengah hari dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Batu Niah ke lokasi kejadian.


"Setibanya di lokasi didapati tumpahan minyak sepanjang lebih kurang 10 meter disebabkan  sebuah lori tangki terbalik akibat  dari kemalangan, "katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, pasukan Bomba bertidak membuat saiz up untuk memastikan keadaan benar-benar selamat kepada pengguna lain.


"Setelah berbincang dengan pihak kontraktor binaan jalan mereka  menyatakan akan membersih permukaan jalan yang licin menggunakan pasir," ujarnya.

×
Berita Terbaru Update