Bekas pengarah, pegawai kanan kerajaan direman kemuka tuntutan palsu
Bekas pengarah, Pegawai kanan kerajaan, Pegawai kerajaan direman, Tuntutan palsu
![]() |
Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Kota Kinabalu bagi permohonan reman bermula hari iini sehingga 6 Ogos. |
KOTA KINABALU— Seorang bekas pengarah dan pegawai kanan agensi kerajaan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu bernilai lebih RM175,000 dan meminta wang suapan berjumlah hampir RM60,000 daripada kontraktor.
Perintah tahanan reman terhadap suspek dibenarkan Majistret Mahkamah Kota Kinabalu, Stephanie Sherron Abbie bermula hari ini hingga 6 Ogos.
Kedua-dua suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 44 hingga 50 tahun tersebut ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
Permohonan reman dibuat oleh SPRM Sabah di Mahkamah Majistret 3, Kota Kinabalu.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.