Bau busuk bongkar penemuan mayat dalam parit

Bau busuk, Penemuan mayat, Mayat dalam parit, Taman Sibiyu Batu 7, Sarawak Update, Berita Sarawak terbaru
Gambar Kredit Bomba

BINTULU—Penduduk di kawasan Taman Sibiyu Batu 7 di sini dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam parit tepi jalan di sini pagi Ahad.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Christus Buson dalam kenyataannya berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi kejadian dengan menggunakan sebuah jentera Scania dan EMRS sejurus menerima panggilan pada 10.56 pagi.


Jelasnya, sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sememangnya terdapat mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam parit berkenaan.


Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mayat lelaki berkenaan dengan menggunakan 'stretcher' dalam masa tiga minit yang mana mangsa berjaya dikeluarkan pada 11.11 pagi.


Mayat lelaki terbabit kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.


Selepas keadaan didapati benar-benar selamat, BBP Bintulu menamatkan operasi menyelamat pada 11.30 malam dan balik semula ke balai.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.