Anjing pengesan Bomba temui warga emas hilang
BETONG-Wanita warga emas yang dilaporkan hilang di rumah panjang Rokayah anak Wilson Dunggau Melanjan Spak Layar, di sini semalam, ditemukan selamat hari ini.
Singar ak Dunggau,75, dijumpai dalam keadaan sedar, namun lemah dan mengalami sedikit calar pada tubuh badan menggunakan anjing pengesan Daisy, Unit K9 jam 3.15 petang.
![]() |
link video |
Komander Operasi, PKPgB Vincent Baling berkata, Unit K9 memulakan pencarian pada jam 3 petang.
"Hasil pencarian anggaran radius 800 meter ke hilir sungai mangsa berjaya dijumpai di kedudukan lokasi di atas kawasan cerun bukit berdekatan anggaran jarak 300 meter dari lokasi Pos Kawalan Bomba (PKB).
"Mangsa diusung keluar dari lokasi ke PKB dan diberikan rawatan awal oleh Unit EMRS Betong.
"Seterusnya mangsa dihantar ke Hospital Betong untuk mendapatkan rawatan susulan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,anggota Bomba memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua pada jam 9 pagi tadi.
"SAR dipecahkan kepada tiga pasukan iaitu pasukan pertama melakukan pencarian dalam radius 500 meter dari Pos Kawalan Bomba ke arah ladang sawit manakala dua pasukan lagi melakukan pencarian disekitar tebing sungai dengan radius satu kilometer dari Pos Kawalan Bomba," ujarnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.