3 tekong darat ditangkap cuba seludup 26 warga asing

Sebahagian warga asing yang ditahan. Gambar Polis

SERIAN— Dua lelaki tempatan disyaki tekong darat ditahan bersama 17 warga asing di tepi jalan berdekatan Kampung Tangga Jalan Serian Tebedu malam Isnin.


Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, tangkapan dibuat sekitar 11.15 malam oleh pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian.


Gambar Polis


"Pasukan telah menahan sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki tempatan bersama tujuh penumpang warga asing berusia antara 1 hingga 42 tahun.


"Di lokasi yang sama anggota turut menahan sebuah kenderaan jenis Toyota Carina yang dipandu seorang lelaki tempatan bersama sepuluh penumpang warga asing yang berumur lingkungan satu hingga 41 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.


Aswandy berkata, pada 2 Ogos 2022 sekitar 12.10 tengah malam, bertempat di tempat letak kereta
bersebelahan sebuah stesen minyak Serian, polis juga telah menahan sebuah kenderaan jenis Proton Exora yang dipandu seorang lelaki tempatan bersama sembilan penumpang warga asing berumur lingkungan 1 hingga 30 tahun.


"Hasil pemeriksaan kesemua penumpang warga asing tersebut tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah," dedahnya lagi.


Ketiga-tiga suspek disyaki tekong darat yang membawa pendatang tanpi izin ke negara Malaysia tanpa menggunakan laluan yang sah. Katanya, siasatan dijalankan mengikut mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Anti Penyeludupam Migran (ATIPSOM) 2007 serta Akta Imigresen 1959/63.


Tegasnya, jika disabit dengan kesalahan di bawah Seksyen 26A ATIPSOM boleh dihukum penjara tidak melebihi 15 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya dan jika sabit kesalahan kesalahan dibawah Seksyen 6(1)(C) Akta Immigresen boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau tidak melebihi 5 tahun penjara atau kedua-duanya dan 6 kali sebatan.


Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat awam agar menyalurkan maklumat jika terdapat sebarang aktiviti penyeludupan.


"Pihak polis menasihati masyarakat tempatan tidak melibatkan diri dalam sindiket penyeludupan migran,” ujarnya.

Next Post Previous Post