Pesawat terhempas: Jurulatih penerbangan maut, seorang lagi cedera

2 tersepit, Pesawat ringan terhempas, Sungai Rokam, Berita Malaysia
Dalam kejadian 8.10 malam tadi, pesawat berwarna biru dan putih itu terjunam.Gambar Kredit Balai Bomba Ipoh

IPOH— Seorang jurulatih penerbangan maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng di sini malam ini.


Mangsa yang maut ialah Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor manakala mangsa yang cedera ialah Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


Gambar Kredit Balai Bomba Ipoh


Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada kira-kira 8.10 malam dan siasatan awal mendapati kedua-dua jurulatih penerbangan bertolak dari sekolah latihan kapal terbang yang terletak berhampiran.


"Mereka dipercayai menaiki pesawat jenis Piper 28 dan cuaca adalah baik ketika kejadian.


"Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan membuat siasatan untuk mengetahui punca kejadian," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.


Gambar Kredit Balai Bomba Ipoh


Beliau berkata kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini tindakan lanjut.


Difahamkan, pihak syarikat penerbangan BATS Aviation sudah menghubungi keluarga mangsa terlibat bagi memaklumkan kejadian.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.