-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Wanita maut dijerut kabel pengecas telefon dalam kejadian samun

| Julai 05, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-05T08:59:43Z

KUANTAN— Seorang wanita maut dipercayai akibat dijerut dalam kejadian samun di sebuah rumah di Felda Mengkuang, Bera, hari ini.


Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata suspek dikatakan telah memasuki rumah berkenaan pada awal pagi menerusi pintu belakang sebelum ke bilik tidur mangsa berusia 52 tahun itu.


“Mangsa dipercayai telah dijerut dengan kabel pengecas telefon, manakala suami mangsa berusia 60 tahun turut cedera di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata suspek juga dikatakan telah melarikan wang tunai kira-kira RM6,000 dan kereta jenis Honda City milik suami mangsa.


Usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update