Tikam ibu kandung, penganggur direman 7 hari


MELAKA-- Seorang penganggur direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan selepas didakwa menikam ibu kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Paya Luboh, Tanjung Kling semalam.


Tempoh reman sehingga 12 Julai terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin.


Perintah reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Semalam, akhbar melaporkan gara-gara mendengar 'bisikan', seorang penganggur tergamak menikam ibu kandungnya sendiri.


Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah dipetik sebagai berkata mangsa yang merupakan pesara guru, Rozizah Md Dom, 63, maut di tempat kejadian selepas ditikam di bahagian kiri dan kanan lehernya oleh suspek menggunakan pisau pemotong sayur dalam kejadian kira-kira 3.05 petang itu.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.