Notification

×

Iklan

Iklan

Tiada petunjuk ditemui, operasi SAR warga emas Seranton ditangguh

| Julai 02, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-02T14:51:57Z
Operasi SAR warga emas Seranton ditangguhkan selepas enam hari pencarian. Gambar kredit Bomba Limbang 

LIMBANG—Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas, Seranton Kuyan,84, yang  dilaporkan hilang Sabtu lalu di kawasan Bukit Brayong ditangguhkan setelah enam hari tidak ditemui.


Ketua Bomba Zon  Tujuh  Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal, berkata penangguhan operasi diputuskan Ketua Polis Daerah  Limbang tengah hari ini  selepas  tiada petunjuk baharu ditemui.


“Kita  tidak menolak kemungkinan  mangsa yang  dilaporkan hilang Sabtu lalu berada di lokasi lain.


Kita sudah berusaha mencari mangsa di kawasan sejauh 10 kilometer namun gagal menemuinya sehingga hari ini,” katanya kepada Borneo Network hari ini.


Mohd Hazmin berkata, hanya baju dan bakul mangsa ditemui anggotanya pada hari ketiga operasi SAR dilancar.


Sementara itu, operasi SAR hari ketujuh bermula 9 pagi tadi disertai 37 anggota  termasuk bomba, polis, Pasukan Gerakan Am, Angkatan Pertahanan Awam dan orang awam.


Mohd Hazmin turut meminta orang ramaii menyalurkan maklumat berhubung kehilangan mangsa.


Seranton  dikatakan keluar rumah pada pagi Sabtu dan tidak pulang ke rumah sehingga kini.

×
Berita Terbaru Update