-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Seorang cedera, kemalangan babit tiga kenderaan

| Julai 08, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-08T06:43:35Z

SIBU--Seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Tanjung Manis, di sini, pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.40 pagi semalam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis ke lokasi kejadian.



"Sampai  di lokasi didapati tiga buah kenderaan telah telibat di dalam kemalangan.


"Seorang pemandu di dalam Hilux berusia 21 tahun tersepit di bahagian pemandu namun telah berjaya di keluarkan oleh orang awam.



"Pemandu lori sawit Dan sebuah lagi Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.



"Pihak Bomba cuma membuat pemantauan di kawasan kemalangan tersebut.


"Setelah keadaan terkawal dan selamat pasukan Bomba berangkat balik ke balai, operasi tamat sepenuhnya jam 9.30 pagi," ujarnya.

×
Berita Terbaru Update