-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Samsung Engineering dapat kontrak dari Shell bina loji gas darat di Sarawak

| Julai 13, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-15T00:52:11Z
Gambar arkib kredit FB Samsung Engineering

KUCHING—Samsung Engineering dari Korea Selatan hari ini mengumumkan bahawa pihaknya memperoleh kontrak bernilai US$680 juta daripada Sarawak Shell Bhd (SSB) untuk membina loji gas darat (OGP) untuk projek Rosmari Marjoram SSB di Bintulu, kira-kira 620 km utara dari sini.


Dalam kenyataan, katanya kontrak itu untuk kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) loji tersebut, yang akan dilaksanakan dalam dua fasa dan fasa pertama akan dijalankan dalam skop yang terhad sebelum SSB membuat keputusan muktamad pelaburan (FID), dengan baki skop tersebut akan dilaksanakan selepas FID diperoleh.


“Loji itu akan mempunyai kapasiti untuk memproses sehingga 800 juta kaki padu gas setiap hari. RFSU (sedia untuk dimulakan) projek OGP dijangka dapat dicapai pada akhir 2025,” katanya.


Menurut kenyataan itu, Samsung Engineering mendapat kontrak ini selepas bersaing dan berjaya muncul sebagai pembida yang berjaya daripada Front End Engineering and Design (FEED) dual.


“Samsung Engineering mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam melaksanakan projek gas di Malaysia dan kini sedang melaksanakan projek metanol Sarawak dan membangunkan Projek Ammonia/Hidrogen Hijau H2biscus di Sarawak,” katanya.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Engineering Sungan Choi berkata rekod prestasinya, kepakaran serantau dan pelaburan mampan di Sarawak, selain strategi untuk mengambil bahagian dari peringkat FEED dan melaksanakan penyelesaian menyeluruh dalam EPCC telah membolehkan mereka mendapat kontrak tersebut.


“Kami berbesar hati untuk melaksanakan OGP yang moden, canggih dan premium untuk Shell di Sarawak,” katanya.


Samsung Engineering terus mencari peluang perniagaan baharu dengan mendapatkan pengalaman dalam pasaran gas dan akan terus mendapatkan pengalaman dalam melaksanakan FEED kepada projek penukaran EPC. 


“Selain itu, Samsung Engineering akan memperluas penyertaannya pada masa depan dalam projek FEED tambahan dan EPC di Malaysia. Samsung Engineering bersedia untuk menjadi “Beyond EPC, Green Solution Provider” untuk masa depan yang lebih baik,” menurut kenyataan itu. 


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update