Notification

×

Iklan

Iklan

Pencuri Kubur Mengganas Lagi

| Julai 12, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-12T08:47:55Z
Keadaan kubur di Pendam Setulai, Jalan Sebauh-Bintulu yang diselongkar oleh pihak tidak bertanggungjawab semalam.

BINTULU— Tujuh kubur di Pendam Setulai, Jalan Sebauh- Bintulu diselongkar serta dirosakkan individu tidak bertanggungjawab semalam.


Sumber memberitahu Borneo Network, kejadian disedari penduduk rumah panjang yang mahu membuat lubang kubur untuk mengebumikan salah seorang penduduk yang meninggal pagi semalam.



Seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan berkata, terdapat tujuh kubur mengalami keretakan dan permukaan simen pecah


“Pada awalnya kami melihat bekas kaki dan terjahan pada bahagian beberapa buah kubur. Namun alangkah terkejutnya apabila didapati beberapa buah kubur sudah diselongkar.


Sehubungan itu penduduk rumah panjang terutama waris membuat pemeriksaan ke atas kubur ahli keluarga masing-masing,” katanya.


Beliau menambah, pencerobohan kubur ini merupakan yang pertama kali berlaku di kawasan mereka.


Laporan polis sudah dibuat hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung kes ini. 

×
Berita Terbaru Update