Mayat pemancing mangsa serangan buaya ditemukan
![]() |
Mayat mangsa ditemukan terapung berdekatan loji air Maludam, di kawasan hulu sungai. Gambar kredit Bomba |
SARATOK— Lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing di Kampung Seberang Maludam pada Selasa ditemukan pagi tadi dalam keadaan tidak sempurna tanpa tangan dan kaki dipercayai dibaham buaya.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa Abang Mohd Norazat Abang Salim, 27, ditemukan terapung oleh ayahnya sendiri bersama tiga lagi penduduk sekitar 2 pagi berdekatan loji air Maludam, di kawasan hulu sungai.
![]() |
Mayat mangsa ditemukan terapung berdekatan loji air Maludam, di kawasan hulu sungai. Gambar kredit Bomba |
“Ketika ditemukan, mangsa dalam keadaan tidak sempurna dengan kedua-dua kaki dan tangan tiada dipercayai dibaham buaya manakala terdapat kesan gigitan di muka.
Mayat mangsa telah dibawa ke PKB menggunakan bot dan diserahkan kepada pihak polis di PKB untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, mangsa dikatakan pergi memancing di tebing sungai itu pada 3 petang, kelmarin namun mangsa tidak pulang ke rumah.
Ahli keluarga yang risau dengan keselamatan mangsa kemudian membuat laporan polis.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, bilik Kawalan Balai BBP Saratok menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman sekitar jam 7.25 pagi semalam.
Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan dengan tumpuan pencarian di tebing Sungai Maludam.
Namun pasukan SAR hanya menjumpai kasut dan joran milik mangsa lebih kurang 30 meter dan seekor buaya dilihat timbul di permukaan sungai berhampiran lokasi tersebut.
Berikutan itu, Sarawak Forestry Corporation dimaklumkan mengenai penemuan buaya itu bagi membantu operasi SAR.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.