Lelaki dipercayai suspek utama kes bunuh wanita di pusat peranginan di Mukah ditangkap


MUKAH—Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang disyaki suspek utama yang terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita di pusat peranginan di sini, semalam.


Memetik laporan Suara Sarawak, Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, suspek berusia 52 tahun itu merupakan individu yang terakhir dilihat berjumpa dengan mangsa.


“Tangkapan ke atas suspek dibuat selepas polis melakukan siasatan dan mendapatkan maklumat.


"Lelaki ini ditahan di dalam sebuah rumah di sebuah taman perumahan pada 1.40 petang," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dengan tertangkapnya lelaki yang dipercayai suspek utama tegas beliau, kes ini dianggap selesai.


Tegas Muhamad Rizal, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun keseksaan


"Suspek ditahan bagi membantu siasatan kes," tambahnya lagi.


Sebelum ini, katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah menerima maklumat bahawa seorang wanita tempatan dilaporkan meninggal dunia di dalam satu bilik di sebuah tempat peranginan kira-kira 12.35 tengah hari.


Berikutan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mukah bergegas pergi ke tempat kejadian.


Jelasnya, hasil siasatan awal ke atas tubuh badan mangsa mendapati ada kesan cedera dalaman di bahagian leher dan pinggang sebelah kiri.


Mangsa merupakan seorang ibu tunggal berumur 44 tahun, mempunyai dua orang anak yang beralamat di sibu. 


Mangsa mendaftar masuk ke tempat peranginan berkenaan bersama anak-anaknya sehari sebelum kejadian.

Next Post Previous Post