Langgar lebihan hujung kayu balak, tiga lelaki cedera
![]() |
Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak |
SIBU—Tiga lelaki cedera selepas pikap dinaiki melanggar lebihan hujung kayu balak secara melintang di atas sebuah lori treler yang hendak masuk ke dalam kilang di lorong Rantau Panjang, di sini malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.29 malam.
"Terdapat mangsa berusia antara 32 hingga 58 tahun dalam pikap, dua orang mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam manakala seorang mangsa tersepit," katanya dalam kenyataan.
Katanya, pasukan bomba bertindak menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
"Mangsa berjaya dikeluarkan dan diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kemalangan.
Ketiga-tiga mangsa kemalangan tersebut telah dihantar oleh unit EMRS dan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Hospital Sibu untuk rawatan,” ujarnya.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.