Langgar lari, pemuda maut
![]() |
Keadaan lokasi kemalangan melibatkan penunggang motosikal di Jalan Tun Ahmad Zaidi pagi tadi. |
SIBU-- Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terlibat kemalangan dalam kejadian disyaki langgar lari di Jalan Tun Ahmad Zaidi, simpang Jalan Salim ke Jalan Tunku Abdul Rahman pagi tadi.
Dalam kejadian 10.30 pagi, mangsa, 24, dari Rumah Membuas, Ulu Sungai Salim yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan patah kaki meninggal dunia di lokasi kejadian.
Maklumat awal mendapati tiada kenderaan lain di lokasi dan motosikal mangsa kemek, manakala helmet yang digunakan mangsa pecah.
Polis kini sedang menyiasat kes tersebut.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.