Kes tipu, wanita rugi RM264,950


SIBU--Pesara wanita kerugian RM 264,950 selepas diperdaya seorang individu yang menyamar sebagai pegawai pejabat pos dan pegawai polis Sabah melalui satu panggilan telefon rumah.


Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Sibu menerima laporan berhubung kes itu semalam.


"Mangsa telah membuat bayaran sebanyak RM 264,950 ke dalam empat akaun bank secara 16 kali transaksi melalui perbankan internet dan CDM mulai 29 Mei lalu hingga 11 Jun lalu,"katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,dalam tempoh tersebut mangsa tidak dibenarkan memberitahu sesiapa agar perkara itu tidak diketahui umum dan dijanjikan pulangan wang semula.


"Selepas membuat semua pembayaran mangsa sering berhubung dan bertanyakan status wang namun dimarahi.


"Mangsa diminta menunggu bagi proses tersebut, mangsa yang menunggu agak lama mula curiga dan tampil membuat laporan polis," katanya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.