Kaki botol gugat ketenteraman di Sibu Gateway

Tangkap layar video pergaduhan di Sibu Gateway

SIBU—Sibu Gateway kini menjadi tumpuan belia yang tidak bekerja untuk melepak.


Namun, tindakan segelintir mereka yang melepak setiap hari sambil minum arak dan berkelahi telah mengganggu ketenteraman orang awam terutama peniaga di kawasan berhampiran.



"Bukan itu sahaja, selain berbuat bising mereka meminta wang daripada orang awam yang lalu-lalang," adu salah seorang daripada mereka kepada Borneo Network.


Menurutnya, kumpulan ini berbeza daripada daripada kumpulan kutu rayau yang melepak di bangunan lama Majlis Perbandaran Sibu (MPS) baru-baru ini.


Seorang pemilik kedai di Tanah Mas berkata, beliau kerap melihat    kumpulan itu melepak dan tidur di bangku.


"Semakin ramai golongan belia melepak tanpa berbuat apa-apa di kawasan bandar ini.


Jika dibiarkan, penyakit sosial ini akan bertambah parah," katanya yang kesal dengan keadaan itu.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.