Jejambat Batu 6 dibuka sepenuhnya hari ini seperti dijanjikan: Fadillah

Jejambat Batu 6, Fadillah Yusof, Projek Lebuhraya, Pan Borneo, LPB, Sarawak Update, Berita Sarawak terbaru

KUCHING-- Jejambat Batu 6 di sini akhirnya dibuka sepenuhnya mengikut tempoh yang ditetapkan hari ini. 


Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kedua-dua lorong di jejambat yang merupakan projek di bawah Seksyen Kuching-Serian WPC02 Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak ini dibuka hari ini. 



"Alhamdulillah untuk makluman orang ramai Jejambat Batu 6, Seksyen Kuching-Serian WPC02 Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sudah dibuka kepada orang ramai.


"Kedua-dua lorong di jejambat Batu 6 Seksyen Kuching-Serian Road (KSR) WPC02 projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sudah dibuka sepenuhnya dari kedua-dua arah (Kuching-Serian dan Serian-Kuching)," katanya dalam Facebook rasminya hari ini. 



Sehubungan itu, Fadillah mengingatkan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya berhati-hati ketika memandu di laluan tersebut. 


"Pandulah dengan berhati-hati. Ikut had laju dan peraturan ditetapkan," ujarnya. 


Sementara itu, Unit LPB Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi Facebook rasmi memaklumkan Jejambat Batu 6, Seksyen Kuching-Serian Road WPC02 Projek Lebuhraya Pan Borneo telah dibuka kepada orang awam. 



"Untuk makluman, kedua-dua lorong di jejambat Batu 6 Seksyen Kuching-Serian Road (KSR) WPC02 projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak kini telah dibuka sepenuhnya dari kedua-dua arah (Kuching-Serian dan Serian-Kuching) kepada orang awam pagi ini. 


"Namun, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memandu berhati-hati ketika melalui jejambat berkenaan khasnya untuk mematuhi had laju yang telah ditetapkan," kata kenyataan itu. 



Tambahnya, orang ramai juga diingatkan untuk mematuhi tanda trafik yang telah disediakan.


Selain Jejambat Batu 6, Jejambat Batu 7 juga telah dibuka sepenuhnya pada 25 Julai lalu kepada orang ramai.


Sementara itu, Jejambat Batu 10 telah dibuka sepenuhnya pada Mei lalu.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.