Notification

×

Iklan

Iklan

Isteri maut, suami cedera parah motosikal langgar kereta di tepi jalan

| Julai 19, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-19T02:27:47Z
Seorang wanita maut selepas motosikal dinaiki melanggar kereta yang diparkir di tepi Jalan Bako, malam tadi. Gambar kredit PDRM

KUCHING—Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki melanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi Jalan Bako, di sini malam tadi.


Dalam kejadian 9 malam itu, mangsa Siti Khadijah Sudun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir di lokasi.



Manakala suaminya Azlan Adi dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, ketika kejadian pasangan suami isteri itu dipercayai dalam perjalanan menghala ke Muara Tebas.


“Sampai di lokasi, motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaiki kedua-dua dikatakan melanggar sebuah kereta jenis Perodua Viva yang diparkir di tepi jalan,” katanya dalam kenyataan.



Menurut pemandu yang enggan dikenali itu, semasa kejadian dia berada di dalam kereta tersebut.


Ahsmon menambah, pemandu tersebut memaklumkan tayar keretanya pancit semasa memandu semasa melalui jalan itu lalu bertindak memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.


“Semasa berada di dalam kereta, dia mendengar bunyi dentuman kuat dari bahagian tepi belakang kenderaannya.


Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting di kanan jalan kira-kira 10 meter dari kenderaan tersebut,” katanya.


Bagaimanapun pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, kata Ahsmon.

×
Berita Terbaru Update