Guru KAFA disyaki hempas murid sehingga patah kaki direman

Guru KAFA disyaki, Guru hempas murid, Guru KAFA direman, Murid patah kaki, Daerah Marang, Berita Malaysia

KUALA TERENGGANU—Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di sebuah sekolah di Marang dekat sini, direman tiga hari selepas disyaki menghempas seorang anak murid lelakinya sehingga patah kaki.


Perintah reman terhadap lelaki itu yang bermula hari ini hingga Ahad itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu Rabiatul Adawiyyah Che Khalid.


Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi berkata perintah reman tersebut bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.


Sebelum ini, seorang murid lelaki berusia sembilan tahun dilapor patah kaki kanannya selepas didakwa dihempas ke atas kerusi oleh seorang guru KAFA sewaktu sesi pengajaran pada 6 Julai lepas.


Kejadian itu dikatakan dilakukan kerana guru KAFA tersebut berang dengan perlakuan murid Tahun Tiga berkenaan di dalam kelas.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.