Guru di perintah bela diri tuduhan paksa murid lakukan seks oral


PUTRAJAYA— Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan seorang guru membela diri atas pertuduhan memaksa tiga murid perempuan melakukan seks oral terhadapnya hampir enam tahun lepas.


Panel tiga hakim terdiri dari Hakim Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Ghazali Cha membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan mahkamah rendah yang melepas dan melepas Mohd Noor Zaini Zulkifli daripada tuduhan itu di akhir kes pendakwaan.


Dalam keputusan itu, Hakim Hanipah yang mengetuai panel itu berkata mahkamah pada pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Noor Zaini, 48.


Beliau memerintahkan Mohd Noor Zaini untuk membela diri dan menghantar semula ke Mahkamah Sesyen Ampang.


Hakim Hanipah juga menetapkan 19 Julai untuk sebutan semula di Mahkamah Sesyen.


Mohd Noor Zaini yang kini digantung tugas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan itu tanpa dipanggil membela diri.


Pihak pendakwaan merayu di Mahkamah Tinggi tetapi ditolak menyebabkan pihak pendakwaan mengajukan rayuan di Mahkamah Rayuan.


Mohd Noor Zaini didakwa atas tiga pertuduhan memaksa tiga murid perempuan ketika itu berumur sembilan tahun melakukan seks oral di bilik muzik di sebuah sekolah rendah di Ampang pada 3.35 petang, 19 Okt 2016.


Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abdul Karim mewakili pihak pendakwaan manakala peguam Ariff Azami Hussein mewakili Mohd Noor Zaini.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post