Gira cadang wujudkan Kampung Budaya Mini Dayak di Sibu

Gira cadang, Kampung Budaya Mini Dayak, Sibu, Pelancongan baharu, ADUN, Berita Sarawak
Christopher Gira Sambang

SIBU—Seorang wakil rakyat mencadangkan supaya sebuah Kampung Budaya Mini Dayak diwujudkan di sini sebagai satu tarikan pelancongan baharu di daerah ini yang memaparkan budaya dan cara hidup masyarakat Dayak.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira Sambang berkata badan-badan bukan kerajaan (NGO) mewakili kaum Dayak di sini boleh bersama-sama menyumbangkan idea dan sumber mereka dalam mengukuhkan lagi cadangan ini untuk pertimbangan kerajaan Sarawak.


"Kampung budaya mini ini nanti akan mempamerkan kebudayaan suku kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu untuk tatapan masyarakat lain dan seterusnya boleh dijadikan sebagai produk pelancongan di sini," katanya semasa berucap pada Malam Dayak sempena Pesta Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) di sini malam tadi.


Beliau berkata kampung budaya mini ini juga dapat membantu kerajaan Sarawak menarik lebih banyak lagi syarikat-syarikat penerbangan untuk membuat penerbangan antarabangsa terus ke bandar Sibu, sekali gus meningkatkan jumlah kedatangan pelancong.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.