Cemas kereta dinaiki terbakar
![]() |
Anggota bomba memadamkan kebakaran kereta Proton Waja yang terbakar di Simpang Baru Sarikei-Bintangor, di sini petang tadi. Gambar kredit Bomba Sarawak |
SARIKEI—Sebuah kereta Proton Waja yang dalam perjalanan dari Sibu ke Saratok tiba-tiba terbakar di Simpang Baru Sarikei-Bintangor, di sini petang tadi.
Bagaimanapun, pemandu serta tiga penumpang dalam kenderaan terbabit berjaya menyelamatkan diri daripada terperangkap.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei PBKll Bakar Uiang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 3.48 petang dengan menggerakkan anggota dan jentera EMRS ke lokasi kejadian.
"Tiba di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah kenderaan persendirian jenis Proton Waja terbakar keseluruhan.
"Menurut saksi kejadian yang mengekori di belakang kereta tersebut, kebakaran telah bermula dari bawah bahagian belakang kereta berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, semua penumpang kereta tersebut berjaya keluar dengan selamat dan tiada mengalami sebarang kecederaan.
"Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat dan terkawal, jentera bersama anggota keluaran bertolak balik ke balai," ujarnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.