Bendera Sarawak laku

Bendera Sarawak laris di pasaran

KUCHING—Orang ramai yang ingin mendapatkan bendera Sarawak lama bagi memperingati sejarah sempena sambutan Hari Sarawak perlu cepat membelinya berikutan tidak banyak stoknya dijual sekitar bandar raya ini dan Kota Samarahan.


Tinjauan ke satu kedai menjual barangan serbaneka di Batu 4, Jalan Penrissen di sini mendapati bendera Sarawak yang lama bersaiz biasa tidak ada dijual dan hanya ada sedikit bersaiz kecil yang tinggal dijual pada harga 47 sen sebatang.


Bendera Sarawak laris di pasaran


"Bendera Sarawak lama  bersaiz biasa itu, tahun ini kami tidak ada menerima stoknya, kami hanya ada stok bendera Sarawak ketika ini ," menurut pekerja kedai terbabit.


Bendera Sarawak ketika ini bersaiz besar dijual kedai terbabit pada harga RM6.59 sehelai manakala yang bersaiz kecil RM1.41 sebatang.


Di Kota Samarahan pula, tinjauan di sebuah kedai serbaneka juga mendapati sedikit sahaja lagi stok bendera lama Sarawak yang tinggal bagi dijual pada harga RM6 sehelai bagi saiz biasa dan RM3.50 bagi saiz sederhana.


Bendera Sarawak laris di pasaran


"Hanya bendera lama Sarawak saiz kecil dengan batang plastik tidak ada kami jual,"menurut pekerja kedai terbabit.


Kedai itu sedang memperagakan banyak stok bendera Sarawak ketika ini di hadapan premisnya dengan  bersaiz biasa pada harga RM6.80 sehelai dan saiz sederhana RM3.50 sehelai serta saiz kecil 50 sen sebatang.


Bagaimanapun tinjauan ke satu kedai barang serbaneka dalam pasar raya terkemuka di Kota Samarahan mendapati tiada sehelai pun bendera Sarawak ada lagi dijual.


"Ini kerana semua stok bendera terbabit sudah habis dijual seminggu yang lalu," menurut pekerja kedai itu dan mereka sedang menunggu ketibaan stok bendera terbabit.

Next Post Previous Post