Awang Tengah lawatan sambil belajar ke New York, USA

Awang Tengah lawatan, belajar ke New York, USA, Los Angeles, Sarawak Update

LOS ANGELES--Delegasi kerajaan negeri Sarawak ke New York City, Amerika Syarikat yang diketuai oleh YB Datuk Amar Awang Tengah Bin Ali Hasan, Timbalan Premier/Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II telah mengadakan sesi kunjungan kehormat bersama Puan Anil Fahriza Adenan, Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles bersama Encik Faidzul Shuib, Konsul Muda dan Encik Zuaziezie Zulkefli, Konsul MATRADE Los Angeles.

 

Dalam ucapan aluan, beliau memaklumkan tujuan dan objektif lawatan rasmi Kerajaan Negeri Sarawak di Amerika Syarikat bermula dari 16 hingga 22 Julai, 2022 untuk mempelajari pengurusan dan perancangan pesisir pantai (coastal management and development) dan pembaharuan bandar (urban renewal) di Los Angeles, Amerika Syarikat bagi penyediaan garis panduan dan polisi dasar pengurusan pesisir pantai serta perbaharuan bandar di Sarawak  nanti.



Selain itu, YB Datuk Amar Awang Tengah juga berkongsi maklumat dengan pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles berhubung inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk menjadikan Sarawak negeri maju menjelang 2030 melalui Post COVID-19 Development Strategy 2030 (PCDS) yang berteraskan kepada struktur ekonomi, kemudahan perniagaan, sasaran perbelanjaan, mengoptimumkan aset dan modal insan, digital dan pelaksanaan, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

 

Pada masa yang sama, pertemuan tersebut turut membincangkan potensi hubungan dan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dan Amerika Syarikat dari aspek peluang pelaburan yang ditawarkan di Sarawak kepada pelabur asing. Ini merangkumi pelaburan dalam sektor perkayuan, pelombongan, industri petrokimia dan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy).

 

Turut hadiri bersama 10 ahli delegasi terdiri daripada YB Datu Haji Len Talif bin Salleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Mohd. Naroden Bin Majais Penasihat, Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri & Pelaburan Sarawak, para Pegawai Kanan dari Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.