-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Warga emas mengaku tak salah 17 tuduhan rogol, amang seksual

| Jun 29, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-06-29T09:17:20Z

BUTTERWORTH-- Seorang warga emas dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas 17 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua beradik perempuan antara 2014 hingga 2021.


Ashaari Ibrahim, 74, yang merupakan guru mengaji al-Quran kepada dua kanak-kanak itu yang kini berumur 13 tahun dan 11, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof dan Norhayati Mohamad Yunus.


Di hadapan Hakim Noor Aini, tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan merogol dan tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak itu (adik) yang ketika itu berumur tujuh tahun.


Dia dituduh melakukan semua perbuatan  itu di rumahnya (tertuduh) di Perai, Pulau Pinang antara 1 Jan 2018  dan 31 Dis 2020.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam dan serahan dokumen.


Sementara itu, di hadapan Hakim Norhayati, tertuduh  didakwa atas 11 pertuduhan iaitu tujuh rogol dan empat  amang seksual fizikal terhadap  kanak-kanak  yang ketika itu berumur lima tahun (kini 13 tahun).


Ashaari dituduh melakukan semua kesalahan itu di rumah sama  antara 1 Jan 2014 hingga awal Mac 2021.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1)(e) Kanun Keseksaan bagi kes rogol yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


Bagi semua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal, dia didakwa di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017  yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya Aisyah Al Humayrah Kamaruzaman tidak menawarkan ikat jamin kerana terdapat sekurang-kurangnya 10 lagi kanak-kanak yang menjadi mangsa tertuduh.


“Jika tertuduh dibenarkan ikat jamin, ada kemungkinan dia boleh mengganggu mangsa, dan ini boleh menyebabkan mangsa enggan tampil memberikan keterangan kepada polis. Oleh itu, saya merayu supaya tiada jaminan diberikan,” katanya.


Ashaari yang tidak diwakili peguam merayu supaya dibenarkan diikat jamin atas alasan isterinya tidak sihat.


Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update