Uggah Pro-Canselor Unimas baharu ganti Jabu

Abang Johari (kanan) menyerahkan watikah lantikan kepada Uggah sempena Majlis Konvokesyen Unimas di Dewan DeTAR Putra di sini semalam.

KUCHING—Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Kelima.


Memetik laporan DayakDaily, lantikan itu berkuat kuasa 24 Januari 2022 sehingga 23 Januari 2025.


Penyerahan watikah lantikan disempurnakan Premier Sarawak yang juga Pro-Canselor Unimas Datuk

Patinggi Abang Johari Tun Openg sempena Majlis Konvokesyen Unimas di Dewan DeTAR Putra di sini semalam.


Uggah menggantikan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pro-Canselor Unimas dari 8 Oktober 2013 hingga 7 Oktober 2021.


Sebagai Pro-Canselor UNIMAS, Datuk Amar Douglas ingin melihat Unimas terus mengorak langkah menuju kecemerlangan akademik, penyelidikan dan penerbitan selaras dengan visi dan misi Unimas untuk menjadi sebuah universiti global terkemuka, untuk masa depan yang mampan, serta untuk meningkatkan impak sosial dan ekonomi ke atas komuniti global, melalui usaha mencapai kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan dan penglibatan strategik. 


Dengan latarbelakang pendidikan yang cemerlang, peribadi yang disegani, pengalaman yang luas serta mempunyai aspirasi yang kuat untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negeri yang tercinta, Uggah memiliki ciri-ciri Pro-Canselor yang mampu membawa kegemilangan Unimas ke tahap yang lebih tinggi lagi di masa hadapan. 


Hadir sama Naib Canselor Unimas Professor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Next Post Previous Post