Tanah runtuh jejaskan dapur empat buah pintu di Rumah Masam

Keadaan runtuhan yang berlaku pada bahagian dapur di Rumah Masam, semalam. Gambar BBP Kapit

KAPIT—Penduduk yang mendiami Rumah Panjang Masam di Simpang 4, Jalan Melekun, di sini cemas akibat kejadian tanah runtuh di belakang rumah yang merosakkan empat ruangan dapur di rumah sepanjang lapan pintu itu, pagi semalam.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Timothy Barat berkata, pihaknya sepasukan anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.08 pagi.



"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati empat bahagian dapur penduduk terjejas teruk akibat runtuhan serta gelongsoran bukit yang berlaku pada bahagian belakang rumah," ujar beliau.


Setakat ini katanya, empat pintu bilik lagi turut berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran risiko berlakunya runtuhan susulan.



Pihak bomba katanya sudah menasihatkan penduduk agar berpindah sementara ke rumah sanak-saudara berdekatan atau pusat pemindahan, tetapi rata-rata penduduk enggan berpindah kerana tidak mahu meninggalkan kediaman serta barangan yang terdapat dalam rumah panjang mereka itu," jelas beliau.


"Sebagai langkah keselamatan, saya turut melarang penduduk rumah panjang untuk menghampiri kawasan runtuhan bagi menggelakkan berlakunya insiden yang boleh mengancam keselamatan mereka," tambah beliau lagi.

Next Post Previous Post