Siri Jelajah Mystartup Roadshow bakal ke Sarawak pada 23 dan 24 Jun ini

Sesi one-on-one consultation di antara start-up dan pemain ekosistem startup Malaysia yang berlangsung di MYStartup Roadshow (hentian Pulau Pinang) pada bulan Mei lepas.

KUCHING—Meneruskan kesinambungan momentum dan usaha dalam mewujudkan sebuah ekosistem start-up yang terangkum dan kondusif, siri jelajah MYStartup Roadshow anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi agensi di bawahnya, Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) diteruskan dan bakal singgah ke Kuching, Sarawak pada 23 dan 24 Jun 2022.

 

Hentian kali ini merupakan sebahagian daripada usaha memastikan komuniti start-up di Sabah dan Sarawak tidak terlepas daripada turut terlibat dan mendapat manfaat daripada acara-acara pemerkasaan start-up melalui Program MYStartup.




Siri jelajah ini akan turut disertai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri' Dr. Adham Baba dan pemain-pemain ekosistem start-up dari Lembah Klang.

 

Kuching merupakan hentian pertama di luar Semenanjung Malaysia dan yang keempat di dalam siri jelajah MYStartup.

 

Seperti hentian-hentian sebelum ini, siri jelajah ini akan dijayakan dengan sokongan daripada rakan komuniti dan teknikal seperti setempat seperti TEGAS Digital Village, Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), iCube Innovation, Sarawak Media Group (SMG) dan lain-lain.

 

Program MYStartup yang dilancarkan Februari 2022 terdiri daripada beberapa program bertujuan memperkasakan ekosistem dan komuniti start-up di Malaysia melalui pengisian yang menumpukan kepada pembangunan serta perkembangan start-up secara mampan serta pembangunan kapasiti dan modal insan.

 

Kerjasama antara MOSTI, Cradle dan pemegang taruh Ekosistem Start-up Malaysia dalam siri jelajah ini menunjukkan iltizam MOSTI dalam memanifestasikan usaha dan komitmen Kerajaan bagi memastikan Keluarga Malaysia mendapat manfaat daripada usaha pemerkasaan dan pembangunan start-up negara.

 

Melalui usaha ini juga, impian menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama bagi para pengasas dan syarikat luar untuk bertapak serta memulakan operasi mereka di negara ini dapat direalisasikan, sekaligus merancakkan lagi ekonomi negara.

 

MYStartup Roadshow kali ini bakal dihadiri barisan start-up yang bertapak di Sarawak dan kawasan berdekatan. Program ini juga akan mengetengahkan pemegang taruh lain di dalam ekosistem start-up Malaysia seperti Microsoft, Cyberview dan Beyond4 semasa program sesi ramah di hentian siri jelajah berkenaan.

 

Selain daripada hebahan mengenai program-program yang dilaksanakan MOSTI, turut diadakan adalah sesi penerangan berkenaan Pelan Hala Tuju Ekosistem Start-up (SUPER), kaedah-kaedah penyertaan program bagi para start-up, kriteria-kriteria bagi memohon geran, pemadanan perniagaan dengan dana bersesuaian, sesi networking dan juga pelbagai bengkel. 

 

Pihak Cradle berbesar hati menjemput para start-up yang berada di sekitar Sarawak dan Sabah untuk bersama-sama turut serta di dalam acara MYStartup Roadshow pada ketetapan berikut:

 

Tarikh : 23 dan 24 Jun 2022

Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Lokasi : TEGAS Digital Village,

Sama Jaya High Tech Park

93350 Kuching, Sarawak.


Maklumat lanjut mengenai ekosistem start-up Malaysia, programprogram yang bakal dianjurkan Cradle dan maklumat berkenaan hentian siri jelajah ‘MYStartup Roadshow’, start-up, pelabur, pemain industri dan pembina ekosistem, sila layari dan mendaftar di platform MYStartup di www.mystartup.gov.my.

 

# TAMAT #

Dikeluarkan oleh:

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

20 JUN 2022

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Emily Clarice Joannes

Pegawai Penerangan

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

03-88858299

emily@mosti.gov.my

Ali Baizuri Razali

PR & Media

Cradle Fund Sdn. Bhd.

011-63295400

ali.baizuri@cradle.com.my

Next Post Previous Post