See Chee How antara 6 ADUN dilantik Ahli Jawatankuasa PAC baharu


KUCHING-- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How antara enam wakil rakyat yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Akaun Awam Negeri Sarawak (PAC) baharu. 


Jurucakap PAC dalam kenyataan hari ini berkata, enam ADUN yang dilantik sebagai ahli-ahli PAC baharu itu adalah Ir Lo Khere Chiang, Mohamad Chee Kadir, See Chee How, Wilson Nyabong Ijang, Miro Simuh dan Rolland Duat Jubin. 



Selain itu, Setiausaha PAC yang baharu pula iaitu Pele Peter Tinggom selaku Setiausaha DUN Sarawak.


"Dalam pada itu, Pengerusi PAC Razaili Gapor mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli PAC yang baharu dilantik," katanya. 


Selain itu, Pengerusi PAC turut memaklumkan penambahan ahli ex-officio PAC yang baharu iaitu Pengarah UNIONS, Adana Jed.


Justeru, kata kenyataan itu, Ahli-ahli PAC juga diingatkan mengenai kepentingan tanggungjawab bagi memastikan wang awam dibelanjakan dengan berhemah dan mencapai objektif yang telah ditetapkan bagi setiap perbelanjaan atau projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.


Pada masa sama, kenyataan itu memaklumkan Mesyuarat PAC Kali Ke-54 telah diadakan pada 21 hingga 22 Jun 2022 di Dewan Undangan Negeri Sarawak.


Jelasnya, pada mesyuarat tersebut Jawatankuasa PAC bercadang untuk turun padang dan melawat sekurang-kurangnya satu projek pembangunan di Sarawak pada tahun ini.


Katanya, salah satu projek yang sedang dilaksanakan yang akan di lawati adalah Projek Pembangunan Industri Beras Bario.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.