SEB rugi RM96,500 angkara lombong Bitcoin di Jalan Matang

Peralatan untuk melombong bitcoin yang dirampas dalam serbuan di Jalan Matang


KUCHING—Sebuah premis yang menjalankan aktiviti perlombongan bitcoin di Jalan Matang, Batu Kawa, di sini, diserbu pihak polis dalam Op Mining-Bitcoin semalam.


Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada juruteknik Sesco yang membuat pemeriksaan di premis itu pada jam 2.30 petang Selasa lalu.



Menurutnya, melalui pemeriksaan itu didapati  penggunaan arus elektrik yang tinggi di premis tersebut. 


"Susulan itu, jam 10.20 pagi Rabu sepasukan polis dari Cawangan JSJ D4 IPK Sarawak dan JSJ IPD Padawan bersama team operasi SEB mendapati penyambungan haram aliran arus elektrik tanpa melalui meter elektrik SESCO dan terdapat mesin mining bitcoin yang sedang beroperasi," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, semasa pemeriksaan dijalankan tiada tangkapan dilakukan memandangkan premis tidak berpenghuni. 


"Anggaran keseluruhan kerugian dialami oleh pihak SEB berjumlah RM96,500 bersama nilai rampasan keseluruhan lebih kurang RM88,500," ujarnya.


Katanya, antara barangan rampasan ialah 63 unit mining mesin yang aktif, satu set komputer, satu unit modem wifi,empat  unit router, satu kotak kabel, satu kotak kabel Lan dan 78 unit mining (tidak aktif)


Kes disiasat mengikut Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan.

Next Post Previous Post