Sarawak kaji penubuhan agensi selaras pembangunan Kuching

Abang Johari bersama dif kenamaan lain semasa majlis rumah terbuka Gawai di Dewan Suarah Bau di sini hari ini. Gambar kredit Sarawakku

KUCHING—Sarawak sedang mengkaji penubuhan sebuah agensi khusus bagi menyelaras pembangunan projek-projek yang diluluskan di sekitar bahagian Kuching, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


Beliau berkata badan bukan berkanun yang dinamakan Greater Kuching Coordinating Agency itu akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan pelbagai projek, dengan modelnya agak hampir sama seperti Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) yang dilancarkannya baru-baru ini.


Abang Johari melancarkan projek bangunan Bidayuh Cultural Centre yang bernilai RM9 juta yang akan dibina bertempat di Jalan Jambusan,Bau. Gambar kredit Sarawakku


“Kawasan kaum Bidayuh yang terletak di pinggir Kuching, mereka minta ditubuhkan sebuah badan khusus bagi menyelaras semua pembangunan yang telah diluluskan di kawasan berkenaan, terutama di Serian, Bau dan kawasan-kawasan luar bandar raya Kuching.


“Kita sedang menimbang untuk menubuhkan sebuah agensi bagi tujuan itu, dan ideanya ialah kita beri mereka geran pembangunan, mereka boleh selaras pelaksanaan pelbagai projek mereka sendiri,”  katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Gawai di Dewan Suarah Bau di sini hari ini.


Pelancaran tiga naskah buku yang bertajuk " Bau Human Geographical Imaginaation, Bau the Vitality of life, Bau a Life of Transformation yang ditulis oleh Dr Voon Jan Charm. Gambar kredit Sarawakku


Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee serta Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Henry Harry Jinep.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post