Polis Switzerland temukan mayat anak lelaki Gabenor Indonesia
![]() |
Potret Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil bersama anak lelaki, Emmeril Kahn Mumtadz yang dihanyutkan arus sungai semasa berenang di Sungai Aare. Gambar kredit Instagram @emmerilkahn |
JAKARTA—Polis Switzerland mengumumkan penemuan mayat anak lelaki sulung Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil, yang dilapor dihanyutkan arus sungai pada 26 Mei.
Mayat Emmeril Kahn Mumtadz, 22, ditemukan dalam zon limpahan empangan Engehalde di Bern pada 6.50 pagi, 8 Jun.
Hasil bedah siasat mengesahkan identiti dan punca kematiannya lemas, kata Duta Besar Indonesia ke Switzerland Muliaman D. Hadad dalam satu sidang media secara langsung.
Emmeril dipercayai dihanyutkan arus sungai secara tiba-tiba semasa berenang pada waktu pagi di Sungai Aare,manakala kakak dan rakannya diselamatkan oleh perenang lain.
Mayat Emmeril ditemui pihak berkuasa pada hari ke 12 usaha mencari dan menyelamat.
Mangsa dikatakan berada di ibu negara Switzerland itu untuk mengikuti program ijazah sarjana.
-- BERNAMA
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.