Polis rampas lapan laras senjata tiruan

Rampasan pelbagai jenis senjata tiruan di sebuah premis di City One Megamall, petang semalam.


KUCHING—Polis merampas lapan laras senjata tiruan pelbagai jenis di sebuah premis di City One Megamall, di sini, petang semalam.


Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, sepasukan anggota polis dari cawangan D9, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan cawangan persenjataan IPD Kuching melakukan pemeriksaan di premis itu jam 4.20 petang.



"Kita menangkap seorang lelaki dipercayai pemilik kedai serta merampas lapan laras senjata pelbagai jenis, selain 101 bungkus amunisi pelbagai jenis," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, tangkapan dan rampasan kesemua barang disyaki menyalahi undang-undang.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1l Akta Senjata 1960, jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara Selamat tempoh tidak melebihi satu tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.


"Permohonan tahanan reman suspek telah dipohon hari ini," tegasnya.

Next Post Previous Post