Pinjam RM 2,100, bayar RM 12,000

Gambar hiasan kredit Unsplash

SIBU--Seorang pemandu lori terpaksa menanggung hutang berganda selepas terpedaya dengan iklan pinjaman wang di facebook.


Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, mangsa lelaki berusia 39 tahun telah menekan satu pautan dan dihubungi seorang lelaki lalu berurusan melalui telefon.


Menurutnya, mangsa berminat membuat pinjaman sebanyak RM 1,000 dan wang pinjaman dimasukkan dalam akaun mangsa sebanyak RM700 sahaja.


"Mangsa diarahkan membuat bayaran balik sebanyak RM300 setiap minggu sehingga selesai ke akaun yang diberikan.


"Oleh kerana gagal menyelesaikan bayarqn balik seperti yang dipersetujui mangsa kemudian ditawarkan membuat dua Kali pinjaman lagi dengan jumlah dan syarat bayaran yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, secara keseluruhan mangsa menerima wang pinjaman sebanyak RM 2,100.


"Mangsa diarahkan membuat bayaran balik pinjaman sebanyak RM 12,000 ketiga akaun yang berbeza.


"Mangsa sudah tidak tahan kerana masih lagi didesak untuk membuat bayaran menyebabkannya nekad membuat laporan polis," tegasnya.


Kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Sibu mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Next Post Previous Post