Penunggang motosikal parah, gagal elak lori rosak

Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan lori pagi tadi, mengakibatkan penunggang parah.

KUCHING-- Seorang lelaki cedera parah, selepas motosikal ditunggangnya gagal mengelak lalu melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di tengah jalan, berhampiran UNIMAS, pagi tadi.


Dalam kejadian yang berlaku sekitar 8.20 pagi itu, mangsa, 24, dalam perjalanan menuju ke arah Kuching.


Ketika sampai di lokasi, mangsa gagal mengelak lalu melanggar sebuah lori yang berhenti di tengah jalan dipercayai rosak.


Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala kemudian dikejarkan ke hospital pakar jantung berhampiran.

Next Post Previous Post