Penghantar makanan bersama pasangan parah dirempuh kereta di Stutong


KUCHING-- Seorang penghantaran makanan lelaki bersama pasangannya cedera parah selepas motosikal ditunggangnya mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Setia Raja berdekatan Pasar Komuniti Stutong di sini tengah hari tadi. 


Menurut sumber, kejadian itu berlaku sekitar jam 12.10 tengah hari melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta. 



Difahamkan kemalangan berlaku apabila kereta terbabit yang datang dari arah bertentangan dikatakan ingin masuk ke simpang untuk ke Pasar Komuniti Stutong. 


Motosikal yang ditunggang pasangan terbabit datang dari arah Stutong menuju ke bulatan Tabuan, dipercayai dirempuh kereta terbabit. 


Akibat kejadian itu, pasangan terbabit cedera parah. 


Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak oleh pasukan paramedik menggunakan ambulans untuk rawatan mendapatkan lanjut. 


Kes masih siasatan polis. 

Next Post Previous Post