-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Padah abai kebersihan, empat premis makanan diarah tutup serta-merta

| Jun 29, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-06-29T11:53:06Z
Keadaan dapur premis makanan yang diarah tutup serta-merta kerana kotor. Gambar kredit PKBB

BINTULU—Empat premis makanan di Bintulu dan Tatau diarah tutup serta-merta akibat mengabaikan aspek kebersihan dalam Op Premis Bersih oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu (PKBB) selama tiga hari bermula 21 Jun lalu.


PKBB dalam kenyataan berkata, sebanyak 36 premis diperiksa dalam operasi yang disertai Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan.


“Sebanyak 21 notis mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 dikeluarkan kepada pemilik premis.


Operasi ini bertujuan memastikan setiap premis makanan di Bintulu mematuhi semua aspek kebersihan yang ditetapkan,” katanya.


Selain itu memastikan setiap premis mematuhi peraturan dan standard penyediaan makanan yang ditetapkan termasuk amalan pengendalian makanan yang baik.


PKBB turut mengingatkan pemilik atau pengendali premis makanan sentiasa mematuhi peraturan bagi mengekalkan kebersihan dan keselamatan makanan.


Orang awam yang mempunyai atau kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan boleh merujuk kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu di talian 086-858200.

×
Berita Terbaru Update