Majlis Raya - Gawai IPD Miri meriah

Ketua polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu (dua dari kiri) bersama timbalannya Supt Mohd Sabri Zainol(kiri).


MIRI—Majlis sambutan Hari Raya - Gawai anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dekat sini pagi tadi berlangsung dengan meriah dengan dihadiri pelbagai kaum.


Antara yang hadir Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, timbalanya Supt Mohd Sabri Zainol.


Pada masjlis itu juga, ACP Alexson turut memberikan sumbangan kepada balu-balu anggota seramai empat orang.


Lebih 100 pengunjung termasuk wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua masyarakat hadir ke majlis itu yang bermula pada jam 10 pagi tadi.


Sebanyak enam gerai makanan didirikan dengan pelbagai juadah tradisional masyarakat Iban dan Melayu.

Next Post Previous Post