Long Bemang dilanda banjir
MIRI—Hujan lebat yang turun sejak malam Khamis (9 Jun) menyebabkan 532 penduduk dari 100 buah rumah di Kampung Long Bemang dilanda banjir kilat lagi.
Menurut Pemangku Ketua Zone, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Sarawak, Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee, setakat jam 3.30 petang tadi (12 Jun) paras air dicatatkan adalah setinggi 1 kaki.
"Elektrik ditutup dikawasan terjejas untuk keselamatan penduduk," ujarnya.