Lima cedera kemalangan babit dua kenderaan


MIRI—Lima dilaporkan cedera selepas dua kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Miri By -pass di sini malam tadi tadi.


Menurut Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia zon 6 Miri penguasa Kanan Bonba II Ahmad Nizam Sapaiee, kemalangan melibatkan sebuah Van dan Toyota Vios.


"Tiada mangsa yang terperangkap serta kemalangan jiwa dan kesemua penumpang Van serta pemandu dapat keluar  sendiri dengan bantuan orang awam manakala pemandu Toyota Vios pula dikeluarkan oleh anggota bomba," ujarnya.


Kesemua mangsa mengalami kecederaan pada bahagian badan dan kepala telah dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.


Difahamkan, salah sorang penumpang van, dilaporkan mengalami sesah nafas.


Ahmad Sapaiee berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 9.28 malam.


"Sebaik sahaja menerima panggilan kecemasa itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba Lopeng telah bergegas ke lomasi kejadian,dan setibanya di lokasi kita membuat 'size up' dan mencabut wayar bateri kedua-dua kenderaan tersebut mengikut konsep 'SAVER'," ujarnya.


Operasi tamat pada jam 10.10 malam.

Next Post Previous Post