Lelaki tersepit kereta bertembung

Anggota bomba membantu mangsa kemalangan di Jalan KJD Sungai Lelabi, dekat sini malam tadi.

BINTANGOR— Seorang lelaki berusia 24 tahun mengalami kecederaan selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan dua bah kenderaan di Jalan KJD - Sg Lelabi dekat sini malam tadi.


Jurucakap dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sarawak berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima pangilan kecemasan pada pukul 9.15 malam Rabu (1 Jun).


“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Preodua Kancil dan Proton Pesona.


Pertembungan itu telah mengakibatkan kereta Perodua Kancil terbabait remuk teruk pada bahagian hadapan menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu depan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.


Sementara itu, pemadu kereta Proton Pesona tiada mengalami sebarang kecederaan.


Pasukan Bomba memgambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa dan sebaik sahaja berjaya dikeluarkan, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sarikei oleh pihak ambulans.


Kerja-kerja “flushing” bagi membersihkan jalan daripada sisa-sisa kemalangan dan tumpahan minyak turut dilakukan.

Next Post Previous Post