-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Lelaki kerat mayat ibu, buang dalam kumbahan

| Jun 05, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-06-05T00:48:47Z

IPOH-- Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai membunuh dan memotong badan ibunya di sebuah rumah di Taman Kerian, Parit Buntar kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka mendiang bapanya.


Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai penemuan potongan-potongan daging menyerupai anggota badan manusia di dalam tangki kumbahan rumah berkenaan kira-kira 3.30 petang tadi.


"Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian dengan dibantu Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah hadir ke tempat kejadian dan menemukan 15 keratan bahagian tubuh badan yang telah dipotong," katanya dalam kenyataan malam ini.


Beliau berkata mangsa merupakan seorang wanita berusia 68 tahun dan hanya tinggal berdua bersama suspek di rumah itu sejak 12 tahun lepas selepas suami mangsa meninggal dunia.


Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian berpunca akibat rasa tidak puas hati suspek terhadap pembahagian harta pusaka mendiang bapanya.


"Selain penahanan lelaki itu, polis turut merampas sebilah parang, dua pisau serta barang-barang yang digunakannya bagi melakukan pembunuhan tersebut," katanya dengan menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.


  -- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update