Kerja pembaikan paip pecah selesai

Pasukan petugas penyelenggaraan LAKU sedang berada di lokasi memantau keadaan

MIRI— Bekalan air di kawasan terjejas di Miri mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna hari ini selepas kerja pembaikan paip pecah di Batu 7 Jalan Miri-Bintulu selesoi pada jam 3 petang semalam.


LAKU Management Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini, berkata bekalan air akan disalurkan secara berperingkat-peringkat ke premis pengguna dalam tempoh 24 jam.


“Dalam tempoh ini, pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza bergantung kepada lokasi dan jarak premis


Pasukan petugas penyelenggaraan LAKU sedang berada di lokasi memantau keadaan,” katanya.


Dalam perkembangan lain, berhubung satu lagi insiden paip pecah di dalam loji rawatan LAKU yang dilaporkan berlaku jam 4 pagi tadi, ia tidak sama sekali menjejaskan bekalan air kepada pengguna di Miri.


Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pihak LAKU di talian 085-426626 dan 085-436626.

Next Post Previous Post