-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Kanada sahkan 58 kes cacar monyet, Perancis rekod 51 kes

| Jun 04, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-06-04T06:16:44Z

OTTAWA-- Kanada mengesahkan 58 kes jangkitan membabitkan wabak cacar monyet setakat ini, kata Ketua Pegawai Kesihatan Awam negara itu Theresa Tam pada Jumaat.


Bercakap kepada pemberita pada sesi taklimat kesihatan, Tam berkata kes yang disahkan di seluruh negara, termasuk 52 kes dikesan di Quebec, lima di Ontario dan satu dari Alberta, lapor Xinhua.


“Risiko pendedahan kepada wabak cacar monyet "tidak eksklusif kepada mana-mana kumpulan atau persekitaran", katanya sambil memberi amaran sesiapa sahaja boleh dijangkiti dan menyebarkan virus itu jika berhubung rapat dengan individu dijangkiti atau objek tercemar.


Setakat ini, sekurang-kurangnya 550 kes cacar monyet dilaporkan dari 30 negara di seluruh dunia, kata Tam.


Cacar monyet adalah jangkitan zoonosis silvatik yang bermaksud boleh berangkit daripada haiwan kepada manusia dan wabak ini biasanya merebak di bahagian hutan di Afrika Tengah dan Barat.

Ia disebabkan virus cacar monyet yang tergolong dalam keluarga orthopoxvirus, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.


Sementara itu, di PARIS -- jumlah kes cacar monyet di Perancis telah melepasi 50, dengan lebih daripada 20 rakyatnya telah melancong ke luar negara sebelum menunjukkan simptom jangkitan, lapor Sputnik memetik kenyataan agensi kesihatan awam Perancis, Sante Publique.


"Sehingga 3 Jun 2022, 51 kes cacar monyet telah dilaporkan di Perancis," menurut Sante Publique dalam kemas kini terbaharunya.


Semua kes membabitkan golongan lelaki berumur antara 22 hingga 63 tahun dan tiada kematian berkaitan cacar monyet dilaporkan setakat ini.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update