Kanada kenakan sekatan ke atas industri minyak, gas, kimia Rusia

Melanie Joly umum sekatan baharu ke atas industri minyak, gas dan kimia Rusia.

OTTAWA—Menteri Luar Kanada, Melanie Joly pada Rabu mengumumkan sekatan baharu ke atas industri minyak, gas dan kimia Rusia, lapor Xinhua.


Langkah baharu itu termasuk larangan terhadap eksport 28 perkhidmatan penting bagi operasi industri minyak, gas dan kimia, termasuk perkhidmatan teknikal, pengurusan, perakaunan dan pengiklanan, kata menteri itu dalam satu kenyataan.


Sekatan terhadap industri eksport minyak, gas dan perkhidmatan kimia itu menyumbang kira-kira 50 peratus pendapatan belanjawan persekutuan Rusia.


Sejak 24 Feb tahun ini, Kanada telah mengenakan sekatan ke atas lebih 1,070 individu dan entiti dari Rusia, Ukraine dan Belarus.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post