-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Harga roti canai dijangka naik

| Jun 05, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-06-05T14:21:53Z
Gambar hiasan kredit Kuali

KUCHING— Orang ramai mungkin terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk menikmati roti canai sekiranya harga tepung gandum terus melonjak.


Memetik Sinar Harian, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata,ketika ini roti canai dijual pada harga RM1.20 hingga RM1.70 sekeping.


“Tetapi harga seguni tepung gandum seberat 25 kilogram sebelum ini dijual pada harga RM45, kini berharga RM65.


Jika ini tidak dikawal, saya bimbang akan ada sedikit kenaikan harga produk berasaskan gandum oleh 4, 500 ahli Presma di lebih 9, 000 rangkaian restoran mereka pada akhir Jun ini," katanya menurut laporan itu hari ini.


Beliau mengambil contoh, pengusaha restoran mamak yang beroperasi di Lembah Klang terpaksa menaikkan harga roti canai pada kadar 20 sen hingga 50 sen sekiranya bahan mentah terus meningkat naik.


Mengulas lanjut, Jawahar Ali berkata, sebarang kenaikan harga makanan itu akan dirujuk terlebih dahulu kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).


Beliau berharap kerajaan segara mencari jalan bagi menyelesaikan masalah itu seperti menambah senarai negara pengeluar gandum untuk mengimport komoditi itu.


"Bukan tepung gandum tetapi kacang dal, minyak masak pun naik namun walaupun naik, majoriti ahli kami masih tidak menaikkan harga makanan, sehingga hari ini harga roti masih belum naik lagi.


Bernama hari ini melaporkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid  berkata, harga tepung gandum meningkat antara 10 hingga 30 peratus.


“Daripada segi bekalan tak terjejas… cuma harga meningkat kerana pertama isu Ukraine dengan Rusia dan kedua kos pengangkutan yang naik dengan mendadak,” katanya.

×
Berita Terbaru Update