Notification

×

Iklan

Iklan

Dua beranak rentung di banglo

| Jun 26, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-06-26T10:55:11Z
Dua beranak ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah banglo empat tingkat di Taman Gembira, Jalan Klang Lama hari ini. Gambar Bomba

KUALA LUMPUR— Seorang ibu dan anak perempuannya ditemukan rentung manakala dua lagi lelaki, cedera dalam kebakaran di sebuah rumah banglo empat tingkat di Taman Gembira, Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi hari ini.


Komander Operasi Bomba Kuala Lumpur Musa Abdullah berkata kedua-dua mangsa yang rentung itu masing-masing berusia 60-an dan 20-an, ditemukan di bilik tidur berlainan tingkat atas rumah tersebut.


Katanya kedua-dua lelaki rakyat tempatan yang cedera, telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.


Menurut Musa sebaik menerima panggilan kecemasan pada 6.22 pagi, pihaknya terus menghantar jentera beserta 35 anggota dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.


“Bomba tiba di lokasi pada 6.32 pagi dan mendapati api sangat marak. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.12 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Musa berkata tingkat satu banglo itu, mengalami kemusnahan 100 peratus manakala tingkat dua 50 peratus.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata bahawa kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan punca kebakaran masih di dalam siasatan.


“Kami meminta orang awam yang mempunyai maklumat kajadian untuk menghubungi Balai Polis Brickfields di talian 03-22979222, Kuala Lumpur (03-21159999) atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update