Diberkas Kurang 24 Jam Selepas Pecah Rumah


KUCHING--Pihak polis berjaya memberkas suspek yang terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan curi di kawasan Rampangi, di sini,  kurang 24 jam selepas melakukan jenayah berkenaan.


Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata,bertindak atas maklumat pada 12 Jun lalu, bertempat di tempat letak kereta pasaraya Mydin sepasukan anggota dari Balai Polis Santubong telah membuat tangkapan ke atas suspek lelaki tempatan pada jam 9 malam.



Menurutnya,suspek dipercayai terlibat dengan kegiatan pecah rumah dan curi di kawasan Rampangi yang dilaporkan pada 11 Jun.


"Dalam tangkapan kurang 24 jam itu pihak polis merampas satu topi keledar Dan telefon bimbit milik pengadu," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, suspek turut memiliki lapan rekod jenayah dan dadah.


"Suspek dituduh di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki barang curi semalam dengan ikat jamin mahkamah sebanyak RM 3,000 dengan seorang penjamin.



"Sebutan semula kes akan dilakukan pada 21 Jun ini," katanya.

Next Post Previous Post